Monday, January 31, 2011

✿Itik & Kura-Kura✿

Assalamualaikum...

Hari ini azra nak kongsi cerita nie sket dengan kamu semua..harap-harap dapat 
jadi iktibar kepada kite semua..jom kte bace cerita ini yerp..


KISAH ITIK & KURA-KURA

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.
alt

p/s:awl pujian adalah  lembah kehinaan.janganlah kite mudah terbuai dengan
                                                            pujian yg diberikan..kelak kite akan binasa..

Sunday, January 30, 2011

✿Terasa nak menangis✿

Assalamualaikum...

Terasa sedih sgt malam nie..azra perlukan sesorg..syes2..Entah knapa lepas satu2 org yg azra syg tgalkan azra..
tp xpela..azra akn trime 2 dengan aty yg tabah...apa pun hdp msty dteruskan...dlu ms azra hlg ex azra mmg azra xleh nk hadapi..skrg dh blh..sb azra ad kwan2 yg sentiasa membantu azra...SEVENTH byak membantu azra time ssh..kwan2 len pun ad skong azra...azra syg kamu semua tau..malam nie plok azra ase dh khilangan kwan bek azra..erm..xthula knp..dye dh 2kr no...xbgthu azra pun..sdey sgt2..tp xpela..nk wak mcmne..azra hrap dye dapat kbhgian bersama pkwe dye 2..azra hrap dapat tabah menghadapi dugaan nie..u ollls skong azra yerp...ap pun yg terjadi..azra syg best frenz azra selamanya..azra akn anggp dye kwan bek azra smpai ble2..syg kamu izzati...


Saturday, January 29, 2011

✿Bertunang✿

Assalamualaikum...

  • Bertunang???adakah azra dh bertunang??no!no!no!....i'm still single k...hehehe...mcm nie la snang crite..nak bgthu sbnarnya jiran azra yg bertunang..bkan ara tau..jgn salah faham plok..
  • Best tau tengok org bertunang nie tau..ase teringin pun ada tau...hehehe...gatai nie er...nampaknya lambat ag la tau..calon pun xdok ag nie..hehehe..nk wak mcamne xdok org nak..hehehe...
  • Skarang nie ssh kan nk cari lelaki yg setia & jujur kan...dalam 1000 org adalah 1 org yg setia..yg selebihnya permainkn perempuan jew...huhuhu..lelaki di luar sane jgn marah tau..hik2
  • xpela kan..kalu ad jodoh xkemana kan..btol x?huhu..."perempuan yang baik untuk lelaki yang bek"...

bila lah cincin nie nak ad kat jari azra..hik2

Friday, January 28, 2011

✿Happy Birthday Ama✿

Assalamualaikum...


♪♪HappyBirthday To You♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday ToYou♥ ♥ ♥ Happy Birthday To You....wish all da bez in ur life...:)♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪may Allah bless u..,


p/s : cantik x kawan azra nie??huhu..single ag 2..opss...


Thursday, January 27, 2011

✿Resipi baru✿

Assalamualaikum...

  • Baru-baru ni,masa tengoh sedang buat assingnment ISB..dalam kul 12 lbih la nie er..perut nie ase2 ada something wrong..huhu..upenya lapar.hahha...kwan azra nie buat la bagi idea buat makanan..ms 2 ad megi & biskut jagung jew..
  • kawan azra sorg nie buatla makanan yg dipangil MEGI BISKUT JAGUNG..Mle2 2 try jew tau..manela tau menjadi..HUHU....

Nie bahan2 yang diperlukan..

  1. MAGGI (ayam)
  2. SUSU
  3. BISKUT JAGUNG
Cara-caranya:

  1. rendamkan biskutvjagung dalam susu..jangan terlalu lembik tau..sedang2 ajew tau..
  2. masukkan biskut tadi dalam bekas bulat..bekas petak pun xpe..letak mengikut bulatan & biakan bulatan di tengah2 tu kosong.
  3. selepas 2 masukkan megi yg dh dimasak ke dalam bekas yg dh ad biskut jagung tadi..
  4. masukan ke dalam microwave selama 10 minit...(buat 2 kali yer..5 minit&5minit)

jom kte lihat hasilnya:

sedapnya...

MAGGI BISKUT JAGUNG

Friday, January 21, 2011

✿Pengembaraan S.E.V.E.N.T.H✿

Assalamualaikum..


Pernah x tengok cerita pengembaraan Upin & Ipin?? Msty pernah kan??Btol3…hikhik…
Sekarang nie dengar plok cerita pengembaraan S.E.V.E.N.T.H….. msty korg tertanya2 knpa S.E.V.E.N.T.H kn??knp x sixth k fifth ke kan??hikhik….

S.E.V.E.N.T.H nie adalah group azra kat dungun nie…bkan group gangster tau…kteorg group org baik2..hahaha…Kteorg pangil S.E.V.E.N.T.H sb ad 7 org semuanya geng2 azra..bukan kwan2 azra ad 7 org j tau..jgn salah fham…7 org ni la yg kteorg rapat sejak dulu tau..dari part 2 ag smpai la nak habis diploma ni tau.. hrap2 persahabatan nie akan kekal smpai bler2 tau...

Berbalik kepada n3 nie la…dh byak sgat berbebel kat ats 2 or..hahaha...kteorg dh plan lame dah semua nie sbnarnya tau tp masa yg menentukan.. yela kan..kte hnya merancang..Allah yg menentukan segalanya kan..Alhamdulillah…ap yg dirancang telah menjadi.. kteorg plan nk mengembara tau.hahahaha... ad la beberapa tempat kteorg pergi wlaupun xbyak kan..huhu..kteorg pergi dalam kul 12 jgk la…lpas kelas Islamic banking..huhu

First destination kteorg adalah ZOO KEMAMAN… nak g tgok haiwan ni tau.. nak mandy kat c2 x kesampaian..huhu… jom tengok gambar2 kami kat zoo kemaman nie…

baru smpai di zoo


1st binatang (ostrich)

bermulanya perjalanan

kanak2 riang..hahaha

peace no war..hahaha

mengembara belukar.hahaha


harimau yg sedang tidur

main sorok-sorok

cuba lihat kat atas 2 ad ap..huhu

model of the world..hehhe

beruang ni cute sangat..name nya jam and milah..huhu

gewdix tol gambar nie..hahaha

mandi2!!!ni namanya bobie..yg memandikan 2 xthu nama apa..haha

ni plok anak kepada jam and milah..namanya mimie...

nak tunjuk atas 2 jew bnornya...hahaha..mini zoo kemaman!!!

mau blik dah...bye2 zoo kemaman...


Second destination kami adalah PANTAI KEMASIK…kat cni la kteorg berkelah…kira-kira pukul 3 lbih kteorg smpai..byangkan la ms 2 bru kteorg makan…best sgat tau berkelah… Jom tengok gambar kat pantai kemasik plok..huhu



sesampai di pantai kemasik

comey2 x kawan sy??hik2

sesudah membentangkan tikar!!!

menyediakan makanan..

jaguh membuka lemang..

yummy..sedapnya lemang..

coklat,telur separuh masak,lemang,roti sardin & etc

SEVENTH forever...

gangster tak kami??huhu

seventh in my heart..

sweet x??huu

berjalan pulang..


Third destination @ tempat terakhir kteorg pergi iaitu MESRA MALL..org panggil MM jer..huhu..kat cni kteorg main bowling,makan2 & jalan2 cuci mata..huhu.. jom tengok gambar kteorg kat mesra mall ni er..

pemain-pemain bowling





bola yang semuanya berat2..hahaha

kwan2 ku yg comel..

panggung wayang yg sdah tutup..


yummy sedapnya...

gler kenyang minum air..huhu

nasib bek kongsi air gelas besar 2..huhu

Best sangat2 tau g jalan2 nie tau..trime kasih kwan2 krana kamu semua hidupku 
kembali ceria..chewahhhhh!!!!hehhehehe


S.E.V.E.N.T.H

ADDA,NURUL,AZRA,YUYU,AMALINA,ASILAH,AZIZAH

Monday, January 17, 2011

✿Makan-Makan di hotel UiTM✿

Assalamualaikum...

Makan!!! Msty semua org ske mkan jgak kn..huhu…Nie azra nak cter pasal azra makan kat hotel UiTM dungun nie tau…nak promte nie tau..hehe…makanan kat cni boleh la tahan sedapnya tau.. biasanya azra g makan kat hotel nie dengan kwan2 azra la…nk ajok pakwe xdok..huhu..

Baru2 nie azra nge kwan2 S.E.V.E.N.T.H azra g makan kat hotel nie selepas kelas ETR yg diajar oleh lecturer yang klakar..hahaha...azra la yg punya pasal nie tau smpai kwan2 pun kne makan kat hotel..hahaha…semuanya sb azra teringin nk makan ais kacang…Apa itu ais kacang??erm…macam ABC gk la tp kat hotel n lagi sedap tau…makanan yang paling sedap kat cni la kan nasi goreng teluk gadung…kalu mkan nie tau mmg xmkan dua ary la..kenyang sgat..hahha…Jom tengok gambar2 yg sempat diambk oleh kami..huhu..

ni dia ais kacang yang sedap 2.yummy2..



...kawan-kawan ku...asilah yg snap gmbr nie..



ni dye nasi goreng teluk gadung..nyummy...

Friday, January 14, 2011

✿Mahligai Dari Air Mata✿

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...


Thursday, January 13, 2011

✿rajinkah diriku???✿

Assalamualaikum...

  • Rajinkah diriku???Haaa..apa punya n3 la..hik2..sbnor2nya nk kbo bgthu pasal azra n rjin k g library??huhu...nie pasal cr buku kat library la nie..smpaikan kne tgur kat pegwai library 2...bkn bsing tp kecoh..kah2...apa xnya semua bdak prmpuan kls azra prgi library..nk cr buku islamic banking la katakan..huhu..
  • Cr bku 2 smpai perut brbunyi2..lapar punya pasal la...huhu...bku islamic banking dh hbs agaknya kat library 2..xjpe2..hahah..
  • Nk djadikan crita pinjam la bku kn apabila pergi kat kauter meminjam..kad xleh nk scn..ROSAK!!! Org kat libray 2 suh tukar tp mls la..satu sem j pun ag kat c2..hu2...Ni la padah terlalu rajin g pustaka..kad xleh gne pun xsdar...
  • nk tgok gambar org rjin g pustaka x??ops!!!!!terlebih suda...xmau jd org prasan lor....huhu.. jom tgok gambar2 n..hik3..
=========================================================================

=========================================================================



=========================================================================
haaaa!!!!ni plok org yg pling rajin..hui8..jeng2

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

kah2...grau2 ajew...



Tuesday, January 4, 2011

✿Kesembuhan Itu Milik Allah✿

Assalamualaikum...

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]
Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?
Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.
Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]
Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.
Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.
Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]
Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

Sunday, January 2, 2011

✿Kesian✿

Assalamualaikum...

  • Ary n azra g dungun tau...azra hantar barang j pun...selepas 2 blik semula sb xdk org j kat sne...hu8...Mmg ltih la sb azra pnye blik tingkat ats sekali..tgi gler..dh la xdk lif..ingat 10 tingkat k nk wak lif azra oiii...mmg ltih la ary n..huk2
  • Yg kasihan 2 bkn azra erk..tp ad cerita len d sebalik udang cerita n er..hu2..Petang xd azra kuar nge mak nk g beli beg sekolah adik manje kesanyangan azra nie...Mcm bese la kan..ary n ary sabtu msti ad org bwak motor rmai2 kat durian burung 2 kan..
  • Sampai kat kampung tok ku 2 kan..azra tgk ada polis kat c2...xheran la polis kat c2 kan..tp yg heran nya polis ad kat sebalik pokok tengah divider 2 or..azra ingatkn polis 2 nk buat ap kn...ad sorg ag polis nusuk sembunyi kat sebuah kedai kat c2...
  • Lepas 2 ad 2 3 buah motor lalu pstu azra tgok dye pusing mtor 2 balik...azra ingtkan ap la kn..upenya polis kejar dye...bwak btang penyapu skli 2 or...Azra tgk la kat blakng..ad mtor jatuh...polis pukul nge batang penyapu 2...lpas 2 polis pukul dye kot...kesian la..azra xleh tgk org pukul org n..ase nk menangs..ase kesian sgat la..
  • On d way blik rumah...azra lalu la ikut masjid tok ku kan...azra tgk rmai mto kat c2..ingat kan ad road block...upenya ada xcdent..ms azra lalu 2 org rmai tgoh sedang angkat org 2 msuk kete...nk hantar hospital kot...Nek blu roma azra tgk xd...Nek seriau...xleh tgk org xcdent n..Takut la!!!
  • Kepada pengguna jalan raya 2..berhati-hati la bwak kenderaan yer..Ingatla org yg tersayang..Peace No War....oK la..mau tdor dlu..esok mau blik dungun..jd perantau tau..nek bas...wo wo wo blik dungun....sambung blajar..hahahah2
~GOOD NIGHT~


{ambil bear ni wak peluk neh..sweet dream}