Monday, March 28, 2011

Exam sudah mali ma!!!



Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Wah3... exam sudah hampir la...takutnya.. mcam mane nie...azra blum bersedia lar...huhu.. walaupun ad 4 paper jew sem nie...tapi takutnya mengalahkan sem-sem sebelum nie..huwaaa!!!..apa xnya kan...azra ase mcam xada ms la nk stdy..huk2..semuanya dekat-dekat jew exam nie.. korang doakn azra boleh jwab tau exam nie..chayok!! yakin boleh..hehehe...

Nanty dh hbs exam azra cuti 4 bulan tau..erm..asenya ap yg azra nak lakukan ms 4 bulan tu sebelum smbng degree..wink2...aish...berangan pasal cuti plok dh...don’t azra..hehehe..Azra kena fkrkan pasal exam nie..ad 21 hari sebelum berperang dengan pen dan kertas..huhu...doakan azra yer kawan-kawan...InsyaAllah azra akan buat yg terbaik..amin....



kat atas tu jadual exam Banking PART 6..
yg 25 april 2 ad 2 paper..huwaaa!!

Tuesday, March 22, 2011

Jangan Mengeluh

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di 
dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan 
teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang
ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi 
dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

Friday, March 18, 2011

Anugerah Tuhan paling berharga, paling disayangi


Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 "Pepatah Melayu ``tak kenal maka tak cinta'' begitu besar maknanya kepada kita. Indahnya bahasa kerana ia memberikan kita pengajaran untuk digunakan dalam kehidupan sepanjang hayat.

Kita tidak kenal bahawa anugerah kesihatan itu adalah salah satu anugerah yang paling kita cintai.

Apakah yang kita paling hargai dalam kehidupan kita?
Ramai yang berkata benda yang paling berharga ialah wang, harga dan lain-lain benda, sedangkan yang sebenarnya ialah kesihatan.
Pepatah Inggeris berkata ``health is better than wealth''. Cuba renungkan apabila kita sihat sama ada fizikal, minda atau emosi, kita dapat membuat segala aktiviti yang produktif. Kegiatan ini akan membawa kekayaan atau kemewahan.

Jika kesihatan kita tertanggu atau sakit, segala aktiviti untuk mendatangkan kemewahan material tidak dapat dilakukan.
Jelas kita perlu menerima hakikat bahawa anugerah yang paling berharga ialah kesihatan kita.Sepatutnya kesihatan kita jugalah yang paling kita sayangi.
Tidak siapa yang betul-betul mampu membeli kesihatan walaupun ia seorang yang kaya raya.

Ia mampu membeli makanan yang sedap tetapi tidak boleh makan kerana ia mengidap penyakit yang tidak mengizinkan ia makan makanan yang lazat itu.Ia ada selera yang baik tetapi ia tidak boleh makan.Tuhan telah menarik balik anugerah iaitu kesihatan memakan yang diberikan kepada hambaNya.

Benda yang paling berharga seperti kesihatan boleh menjadi paling tidak berharga jika manusia salah menguruskannya.
Apakah akan terjadi apabila kesihatan kita tidak dijaga? Apakah akibatnya jika makanan untuk jasmani, untuk emosi, rohani dan untuk minda tidak diuruskan dengan baik?
Akibat buruk berlaku begitu mudah dan ada yang tidak dirasai.
Untuk memulihkan dan memuliharakannya adalah lebih sukar, ibarat kata pepatah Melayu ``datang macam ribut, pergi macam semut.''Dengan itu ``mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.''Jangan ``sudah terantuk baru terngadah'' dan elakkan dari ``nasi menjadi bubur.''

Kita perlu mengingati diri kita bahawa ``membangun itu sukar, tetapi untuk membangun selepas jatuh itu adalah lebih sukar''.
Jagalah kesihatan kawan-kawan yer...kerna itu anugerah Allah kepada kita..

Thursday, March 17, 2011

Warkah Untuk Hawa


Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Hawa, 

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. 

Hawa, 
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 

Hawa… 
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. 

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. 

Oleh itu Hawa, 
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. 

Hawa….. 
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. 

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Article nie cuma untuk renungan bersama...

Wednesday, March 16, 2011

SHOW ME YOUR BFF CONTEST

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tadi azra berblogwalking,azra terjumpa contest nie er..azra nak join blh kan...hehehe..contest "SHOW ME YOUR BFF CONTEST" dianjurkan oleh NURULBADIAH...



[klik image untuk join contest ini]



Dear Nurulbadiah Lai,
nie gambar azra & kawan baik azra dari sekolah lagi nie tau.
kami berkawan sampai sekarang nie er.. kalu perasan la kan muka kami ada iras-iras..rmai yg ckap kami nie adik beradik tau..azra sayang sgt kawan azra nie er..kami akan berkongsi suka duka kami bersama..azra happy berkawan dengan dye ni.. kami akan berkawan sampai ble-ble..insyaAllah..

Azra tag:


Syarat-syarat Penyertaan


1: Terbuka kepada followers blog "Because She is NurulBadiah" .so sekiranya bukan followers..anda perlu follow terlebih dahulu sebelum menyertainya.<done>


2. Korang kene Copy Banner/Gambar contest diatas dan Paste kn dekat entry contest anda.Kemudian korang Kena letak Banner/Gambar Contest diatas di SideBar Blog Korang and Link kan Banner tersebut ataupun link kn kat bawah Banner tersebut ke Blog Because She Is Nurulbadiah.<done>
2. Korang Kena buat entry pasal
 " Show Me Your BFF Contest" dimana korang kena letakkan link ke Blog ini didalam entry tersebut.<done>

3: Entry Korang hendaklah disertakan dengan Sekeping Gambar bersama BFF korang xkira berapa ramai pon berserta dengan sedikit kata-kata dibawah gambar tersebut.<done>

4.Tagkan Kepada 4 blogger yang aktif and make sure diorang tahu telah Di Tag.<done>

5. Pastekan entry Contest yang korang buat diruangan komen dekat entry ni..<done>

6.Tarikh tutup: 15 April 2011

Tuesday, March 15, 2011

Friendship

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Friendship . . .


. . . is you.
. . . is love.
. . . is shared.
. . . is forgiving.
. . . is understanding.
. . . is shared secrets.
. . . heals many hurts.
. . . is not judgmental.
. . . is shared laughter.
. . . is slow and steady.
. . . can be angry at times.
. . . is dependable and true.
. . . is more precious than silver or gold.
. . . is meant to be savored like fine wine.
. . . is not perfect, much like we are not perfect.
. . . does not hold grudges or demand perfection.
. . . makes all the wrong things in life,right somehow.
. . . is meant to be gulped like lemonade on a hot summer day.
. . . is always there, through times of trial, happy times and hard times.
. . . just happens, but once discovered, needs to be tended like a beautiful garden.
. . . is a road to be traveled slowly,remembering the sights and sounds.
. . . is strength when you are too weak to notice its there.
. . . is a cherished moment of mutual understanding.
. . . reaches into your heart and grabs a firm hold.


Friendship until the end.. i love all my frenz..

Sunday, March 13, 2011

OUR MEMORY PHOTO CONTEST

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Azra nak join contest nie la..nampak menarik jew..hehehe.Azra nak join contest nie boleh kan3....Contest Our Memory Photo Contest nie dianjurkan oleh Ain.

 

[klik gambar untuk join contest nie]


[nie gambar yang azra pertaruhkan..hehe]

azra pilih gambar nie sebab pada ms nie
byak memory kami bersama & ini adalah 
kenangan kami paling manis..love u all my frenz..
kami adalah SEVENTH..

Azra tag:


syarat-syaratnya:

1. Macam biasa, u all kenala follow blog I  dulu..if taknak follow,it's ok.. cuma susahlah bila I update ni..I mungkin tukar closing date cepat..hmm~<done>

2. Tulis entry "Our Memory Photo Contest", Letak banner seperti di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini, Letak lah banner contest ni kat sidebar sekali tau!<done>

3. U all mestilah upload gambar u all..gambar tu mestilah ada gambar u all sekali..dan tulislah ayat yang paling simple kenapa u all pilih gambar tersebut. Contoh "I pilih gambar ni sebab I miss my friend a lotzz!!"<done>

4. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger u all tau.. (",)<done>

5. Tarikh tutup 01/04/2011





Contest Adik-Beradikku Yang Cute

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tadi sedang-sedang azra berblogwalking...azra terjumpa satu contest yang menarik minat azra nie er..azra nak join contest nie boleh kan2... contest Adik-Beradikku Yang Cute nie dianjurkan oleh Budak Kampung...


[ klik gambar untuk join contest ini]



Adik yang azra sayangi..Azri & Adam...
azra letak gambar nie sebab cute tengok 
dua org nie bersama..

Azra tag:




Syarat-syarat yang perlu dipatuhi : 

>>> Mesti follow blog nie...<done>
>>>Buat satu entry dengan tajuk "Contest Adik-Beradikku Yang Cute"~Dalam entry tu mesti tampalkan sekali banner dan link terus ke entry contest ni.<done>
>>>Letakkan sekali banner contest ni kat sidebar beserta link skali.<done>
>>>Letakkan satu gambar ja yang sesuai dengan contest ni.Yang penting,pict toh mesti lah pict adik-beradik korang.Tak kisah la letak pict adik,abang,atau kakak.Kalo anak bongsu atau takda pict adik-beradik yang sesuai,yang angkat pn boleh.Kalo semua skali pun boleh.haha <done>
>>>Napa pilih pict ni???Tulis huraian secara ringkas dan padat~<done>
>>>Tag kan sekurang-kurangnya 3orang member.Kalo ramai,lagi bagus.Ye x??hehe.Dan pastikan diorang taw.<done>
>>>Dh siap,tinggalkan link kat comment.<done>

Tarikh tamat contest : 10 April 2011 sebelum pukul 12.00 tengah malam.

Lunch Time: Lelaki vs Perempuan

Assalamualaikum....
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tadi azra jalan-jalan kat facebook kawan..terjumpa la perkara yang menarik minat azra..hehehe..apa agaknya kan maksud entry azra nie kan..hehehe...korang dah xsabar ke nak tahu??sabar-sabar neh..azra pun xsabar nak bgthu nie er..hak2...jom kite lihat perbezaan lunch time lelaki dgn perempuan..yang ad sakit jantung tu xleh tengok tau..hak2..gurau jew...jom2...kte tgok yer & kte renung2kan..



Masa Lunch Time, secara turutan, untuk orang lelaki;
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Gi surau

Kalau untuk perempuan, camna pulak…… jeng jeng jeng..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

> 1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
> 2. Perhatikan orang waktu jalan
> 3. Sempat mengumpat dulu
> 4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
> 5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
> 6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
> 7. Ramai orang, cari kedai lain.
> 8. Jalan lagi
> 9. Dah puas ati..masuk..
> 10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
> 11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
> 12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
> 13. Dah puas ati, ambik nasi
> 14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
> 15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
> 16. Buang balik nasi.banyak. .
> 17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
> 18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
> 19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
> 20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
> 21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
> 22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
> 23. Ambil lauk
> 24. Pusing lagi
> 25. Carik sayur pulak!
> 26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
> 27. Ke kaunter bayaran
> 28. Tgk2 nasi dlm pinggan
> 29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
> 30. Sampai depan kaunter “berapa?”
> 31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
> gambar2..
> 32. Keluarkan duit
> 33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
> 35. Tutup dompet. Ambik nasi
> 36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
> 37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
> 38. Cari tempat duduk lain
> 39. Jumpa.Duduk. …
> 40. Alamak.Air tak order lagi
> 41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
> 42. Order air
> 43. Bangun
> 44. Ambik sudu
> 45. Duduk
> 46. Bangun
> 47. Ambik Tisu
> 48. Duduk
> 49. Air sampai
> 50. Belek dompet (Step tadi)
> 51. Bayar
> 52. Tutup
> 53. Minum air
> 54. Start makan
> 55. Tengok-tengok orang sambil makan
> 56. Makan separuh..kenyang
> 57. Sebab dah minum air
> 58. Letak sudu, letak garpu
> 59. Pinggan tolak tepi
> 60. Borak2 kater makanan tak sedap
> 61. Ngumpat2..tgk orang
> 62. Pukul 2, naik opis..
> 63. Ambik beg makeup, g surau!!!

alamak, LADIES, jangan marah aaa, nanti kena jual~~  :p
Jom pi makan...masa untk makan...hehehe

bestnya nasi ayam nie..yummy...