Friday, March 18, 2011

Anugerah Tuhan paling berharga, paling disayangi


Assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 "Pepatah Melayu ``tak kenal maka tak cinta'' begitu besar maknanya kepada kita. Indahnya bahasa kerana ia memberikan kita pengajaran untuk digunakan dalam kehidupan sepanjang hayat.

Kita tidak kenal bahawa anugerah kesihatan itu adalah salah satu anugerah yang paling kita cintai.

Apakah yang kita paling hargai dalam kehidupan kita?
Ramai yang berkata benda yang paling berharga ialah wang, harga dan lain-lain benda, sedangkan yang sebenarnya ialah kesihatan.
Pepatah Inggeris berkata ``health is better than wealth''. Cuba renungkan apabila kita sihat sama ada fizikal, minda atau emosi, kita dapat membuat segala aktiviti yang produktif. Kegiatan ini akan membawa kekayaan atau kemewahan.

Jika kesihatan kita tertanggu atau sakit, segala aktiviti untuk mendatangkan kemewahan material tidak dapat dilakukan.
Jelas kita perlu menerima hakikat bahawa anugerah yang paling berharga ialah kesihatan kita.Sepatutnya kesihatan kita jugalah yang paling kita sayangi.
Tidak siapa yang betul-betul mampu membeli kesihatan walaupun ia seorang yang kaya raya.

Ia mampu membeli makanan yang sedap tetapi tidak boleh makan kerana ia mengidap penyakit yang tidak mengizinkan ia makan makanan yang lazat itu.Ia ada selera yang baik tetapi ia tidak boleh makan.Tuhan telah menarik balik anugerah iaitu kesihatan memakan yang diberikan kepada hambaNya.

Benda yang paling berharga seperti kesihatan boleh menjadi paling tidak berharga jika manusia salah menguruskannya.
Apakah akan terjadi apabila kesihatan kita tidak dijaga? Apakah akibatnya jika makanan untuk jasmani, untuk emosi, rohani dan untuk minda tidak diuruskan dengan baik?
Akibat buruk berlaku begitu mudah dan ada yang tidak dirasai.
Untuk memulihkan dan memuliharakannya adalah lebih sukar, ibarat kata pepatah Melayu ``datang macam ribut, pergi macam semut.''Dengan itu ``mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.''Jangan ``sudah terantuk baru terngadah'' dan elakkan dari ``nasi menjadi bubur.''

Kita perlu mengingati diri kita bahawa ``membangun itu sukar, tetapi untuk membangun selepas jatuh itu adalah lebih sukar''.
Jagalah kesihatan kawan-kawan yer...kerna itu anugerah Allah kepada kita..

No comments: